n0w..the best in 'MARRIED IN THE YOUNG AGE'
..Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti :)
Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).Heehee
Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke? s0 kat sini saya nk gtau kalian semua..
Apa kebaikan atau keburukan kahwin muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah:
- Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
- Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
- Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
- Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
- Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda pula;
- Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
- Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
sebenarnya banyak lagi tapi disebabkan kekangan waktu dengan beratur asigment-asigment saya menunggu..hekhekhek ^_^
Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:
- sedang merancang nak kahwin
lari
- anda juga kahwin muda
- anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
- anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..) hekhek ^_^
Saya Faham ... Anda Ada Banyak Halangan, Kan?
- Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
- Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
- Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.
Ya, saya faham masalah anda sebab saya pun remaja dan menghadapi terlalu banyak halangan dan cabaran untuk mengahwini pasangan mereka ketika masih belajar atau pada seusia muda. Tak salah mendirikan rumahtangga jika ada sudah sampai masanya.
Antara yang menjadi halangan tentunya :
- Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin." Bukannya salah ibu bapa menasihati, tapi ketika zaman Nabi SAW, mereka yang berkahwin bukannya kaya-raya. Lagipun, duit bukan tak boleh dicari. Ye tak? Rezeki Tuhan, bila-bila je boleh melimpah kepada mereka yang yakin pada janji-NYA.=)
- Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita. Jangan bimbang, ada teknik demi teknik yang boleh digunakan untuk memujuk ibu bapa dan keluarga kita merestui hajat suci kita. Dengan restu mereka, akan bertambahlah berkat & rezeki kita.
- Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. Sebenarnya, semuanya boleh diatasi jika ada ilmu yang cukup untuk mengendalikannya.
Sebenarnya, Tak Perlu Risau
Apa yang anda risaukan, sebenarnya semua boleh diatasi. Apa jua masalah, ada penyelesaian. Berdasarkan kajian sendiri, pengalaman pasangan muda bahagia, pengalaman para pensyarah serta pengalaman penulis sendiri,
kesemuanya ada jalan penyelesaian.
Saya akan tunjukkan 'jalan'nya sebentar lagi.hekhekhek.(bt2 bijak jew sy nie ^_^)
Ilmu-ilmu yang bakal diceritakan kepada anda ini,
takkan diperolehi di kursus-kursus kahwin, kerana kami
menceritakan ilmu berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang menempuhi perkara yang sama - sehingga berjaya mendirikan rumahtangga di usia muda.
Bahkan dalam sebuah hadith dikatakan bahawa orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kehormatan diri, termasuk salah satu golongan yang akan dibantu oleh Allah SWT.
“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Psst, Makin Ramai Belia Masa Kini Yang Faham Tentang Kelebihan Kahwin Muda ...
Percaya atau tidak, kini perkahwinan muda seolah-olah menjadi 'trend' baru di kalangan remaja mahupun belia. Lihatlah rakan-rakan di sekeliling kita, atau di dada-dada akhbar mahupun majalah.
Satu demi satu
terpampang di dada akhbar mereka yang baru sahaja mencecah usia 20-an, mendirikan rumah tangga dan mengecapi kebahagian seperti pasangan yang lain.
Tak kurang juga mereka yang
berkahwin ketika masih belajar di institusi pengajian tinggi, samada tempatan mahupun di luar negara. Ia satu perkembangan yang SANGAT positif, dan mula menampakkan bahawa ramai yang dah mula sedar kelebihan berkahwin di usia muda!
Siapa Cakap Kahwin Masa Belajar TAK Boleh Cemerlang Akademik?
Mungkin ada cakap-cakap orang yang mengatakan kalau sibuk kahwin, maka akademik akan terjejas. Sebenarnya tanggapan ini adalah SILAP sama sekali. Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita serius tentang perkahwinan dan akademik. Ada je ramai rakan-rakan kita yang belajar, tak kahwin pun, tapi tak cemerlang pun. Kenapa? Puncanya, diri sendiri juga. Jom kita lihat salah satu kajian kes (study case) sebenar daripada ratusan kajian kes di luar sana berkenaan kesan kahwin awal terhadap akademik:
Ahmad Mawardi & Isteri, tanggal 22 Januari 2010
|
|
|
| " Saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman sebenar saya. Untuk pengetahuan anda, keputusan akademik saya hanyalah sekitar 3.0 hingga 3.3 sahaja, dan tak lebih daripada itu. Al-maklumlah, menjalankan perniagaan ketika belajar, memang sedikit menjejaskan akademik saya.
Namun, berkat kesungguhan menanam niat memiliki seorang gadis idaman setelah menemuinya hanya dalam 6 bulan berkenalan, segalanya berjalan lancar.
Saya belajar seperti biasa, namun apa yang mengejutkan saya, keputusan akademik saya tiba-tiba melonjak kepada GPA 3.5, iaitu keputusan terbaik saya di kampus utama IPTA.
Yang lebih menggembirakan, isteri saya turut mendapat Anugerah Dekan (Dean's List) iaitu 3.6 ke atas.
Ini menunjukkan bahawa kita tak perlu takut tanpa sebab. Dengan akademik bagus ini, saya percaya semuanya datang dari keberkatan Ilahi yang merahmati mereka-mereka yang ingin kahwin muda dan menjauhi maksiat.
Saya juga mendapat khabar, ramai rakan-rakan saya mendapat keputusan akademik menakjubkan sejak kahwin walaupun ketika belajar. :)
|
|
Pelajari Dari Mereka Yang Berpengalaman & Pakar ...
Apa lagi sumber ilmu berharga yang boleh dipercayai, yang kita boleh perolehi, selain dari pengalaman-pengalaman pasangan muda dalam menghadapi cabaran sehingga berjaya membina mahligai bahagia.
Dan ditambah lagi dengan pengalaman serta nasihat dari para pensyarah yang memahami selok-belok dunia perkahwinan, dan mengalami pengalaman yang sama ketika waktu-waktu muda mereka. :)
Jom kita belajar dari mereka dan kita 'korek' apa sebenarnya rahsia mereka hingga ibu bapa yang pada asalnya tak membenarkan, akhirnya memberi restu. Dari keadaan tidak berduit sangat untuk berkahwin, kini mampu mengumpul sejumlah wang untuk melangsungkan perkahwinan yang menjadi idaman kita semua.
Apa lagi kalau bukan, ...
Sumber maklumat yang paling boleh dipercayai, dari pengalaman sebenar!
Memperkenalkan Penyelesai Masalah Anda (Insya Allah)
"Ayat-Ayat Kahwin Muda"
| Mendedahkan rahsia demi rahsia bagaimana mendirikan rumah tangga di usia muda. - 8 Tips Mendapat restu dari ibu bapa yang melarang kita kahwin awal, yang mana dengan tips-tips hebat ini akhirnya akan 'melembutkan' hati mereka. :)
- 10 Cara Mengumpul duit kahwin cara terbukti berkesan. Ramai rakan-rakan penulis termasuk penulis sendiri menggunakan teknik-teknik yang saya akan dedahkan ini. Yang penting, BUKAN MLM..
- Cara Memilih Pasangan Sebelum Berkahwin.
- Mengetahui Kaedah Sebenar Mendirikan Rumahtangga Bahagia Walaupun Kahwin di Usia Muda - TANPA Masalah Lagi. :)
- Dan banyak lagi tips dan rahsia sebenar dikongsi.
- Setebal 308 m/s.
|
Apa yang saya bakal coretkan, bukan ilmu yang di'goreng' tanpa sebarang manfaat. Segalanya ditulis dengan teliti, dipersembahkan dengan cara ilmiah dan tidak lupa juga menyenaraikan masalah demi masalah yang boleh dijawab dan jalan penyelesaian yang diceritakan dengan cara bersahaja.heeheee=)