Selamat Datang Kawan-Kawan

Terima Kasih Meluangkan Masa Melewati Blog Kami

Saturday, November 26, 2011

Semarak Siswa Semester 3 =)

SisAssalamualaikum :)
Entry kali ini berkaitan dengan KLK semester 3 untuk kumpulan C. 
Destinasi yang dipilih ialah Kampung Che Ok, Simpang Empat, Perlis. *kelas kan nama kg nh :D*
KLK telah diadakan pada 22 Oktober 2011 *sebenarnarnya program dah berlangsung lama, cuma xberkesempatan post saja, cerita agak basi -.-* Tapi nak jugak post & show off gambar2 yang terpilih, hihi.
Layann gambar2 yang terpilih.

Ketibaan kami di Kg Che Ok. Kami dikehendaki berkumpul di masjid terlebih dahulu. Kak Zati & Mizah semangak & excited :))
Next, kami dengaq taklimat sat dari penduduk kampung :)

Ni laa pak imam masjid Kg Che Ok *lupa interview nama beliau -.-*
Sedang memberi ucapan alu-aluan ;)

Turn En Nasrul (pensyarah pengiring) pulak bagi ucapan on behalf dari warga UUM :)

Sarapan dengan kuih muih traditional yang enak lagi menjilat jari :P Sape bijak teka apa nama kuih2 diaats :))

We are fully enjoy our breakfast even depan longkang bersih :D

See bukti sapa yang tak yakin dgn nama kg nh,
sudah terang lagi bersuluh nama tempat ni Kg Che Ok,m Simpang 4, Perlis =)

Aktiviti utama dimulakan...

Sebenarnya tujuan kami adakan KLK adalah untuk mengadakan gotong royong di rumah ibu-ibu tunggal :) Ini adalah salah satu rumah yang kami jalankan gotong royong.

~Sawah padi yang botak (terletak di belakang rumah mak cik)~iklan :D

*Iklan lagi* :D Taken at Tadika Kemas..

Sesi menggoreng ikan untuk lauk tengah hari, disediakan oleh Kak Aida =)

Ada kari ikan, ada ikan goreng, ada ulam2 segar beserta sambil belacan, & buah pisang.
 Itulah menu makan tengah hari kami, *dua model diaats merupakan masterchef :D*

Arip tak sabaq sgt nak rasa kari ikan :P

Selepas kerja-kerja gotong-royong, sumbangan beras & gula untuk ibu tunggal pula diserahkan oleh En Nasrul.

Sumbangan beras khas ditaja oleh En Nasrul untuk ibu tunggal. Setiap rumah dibekalkan lebih kurang 5 kampit beras.


Ini adalah salah sebuah rumah yang kami sempat bersihkan & bergotong royong. Pic taken after gotong royong :)

Alhamdulillah, dengan 'title' Kokurikulum Pembangunan Masyarakat, kami berjaya menjayakan program kebajikan bergotong royong di rumah ibu-ibu tunggal. Semoga program sebegini dapat diteruskan & dijayakan lagi pada masa akan datang. Dan semoga Allah terima amal kebaikan kita =)
You're doing great job dudes & keep it up. Jutaan terima kasih diucapkan kepada En Nasrul kerana membenarkan kami menyertai & merasai kenangan manis dari program ini.


Friday, November 25, 2011

~KaHwin MudA!!!!!

n0w..the best in 'MARRIED IN THE YOUNG AGE'
    ..Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti :)
Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musimnya. Tak keterlaluan saya katakan, asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?).Heehee
Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke? s0 kat sini saya nk gtau kalian semua..
Apa kebaikan atau keburukan kahwin muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
    sebenarnya banyak lagi tapi disebabkan kekangan waktu dengan beratur asigment-asigment saya menunggu..hekhekhek ^_^
Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:
  • sedang merancang nak kahwin lari
  • anda juga kahwin muda
  • anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
  • anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..) hekhek ^_^

Saya Faham ... Anda Ada Banyak Halangan, Kan?

  • Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
  • Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
  • Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.
Ya, saya faham masalah anda sebab saya pun remaja dan menghadapi terlalu banyak halangan dan cabaran untuk mengahwini pasangan mereka ketika masih belajar atau pada seusia muda. Tak salah mendirikan rumahtangga jika ada sudah sampai masanya.
Antara yang menjadi halangan tentunya :
  1. Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin." Bukannya salah ibu bapa menasihati, tapi ketika zaman Nabi SAW, mereka yang berkahwin bukannya kaya-raya. Lagipun, duit bukan tak boleh dicari. Ye tak? Rezeki Tuhan, bila-bila je boleh melimpah kepada mereka yang yakin pada janji-NYA.=)
  2. Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita. Jangan bimbang, ada teknik demi teknik yang boleh digunakan untuk memujuk ibu bapa dan keluarga kita merestui hajat suci kita. Dengan restu mereka, akan bertambahlah berkat & rezeki kita.
  3. Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. Sebenarnya, semuanya boleh diatasi jika ada ilmu yang cukup untuk mengendalikannya.
                                                   

Sebenarnya, Tak Perlu Risau
Apa yang anda risaukan, sebenarnya semua boleh diatasi. Apa jua masalah, ada penyelesaian. Berdasarkan kajian sendiri, pengalaman pasangan muda bahagia, pengalaman para pensyarah serta pengalaman penulis sendiri, kesemuanya ada jalan penyelesaian.
Saya akan tunjukkan 'jalan'nya sebentar lagi.hekhekhek.(bt2 bijak jew sy nie ^_^)
Ilmu-ilmu yang bakal diceritakan kepada anda ini, takkan diperolehi di kursus-kursus kahwin, kerana kami menceritakan ilmu berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang menempuhi perkara yang sama - sehingga berjaya mendirikan rumahtangga di usia muda.
Bahkan dalam sebuah hadith dikatakan bahawa orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kehormatan diri, termasuk salah satu golongan yang akan dibantu oleh Allah SWT.

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :

1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

http://www.kahwinmuda.com/images/gambar2pasangan.jpg

 

Psst, Makin Ramai Belia Masa Kini Yang Faham Tentang Kelebihan Kahwin Muda ...

Percaya atau tidak, kini perkahwinan muda seolah-olah menjadi 'trend' baru di kalangan remaja mahupun belia. Lihatlah rakan-rakan di sekeliling kita, atau di dada-dada akhbar mahupun majalah.
Satu demi satu terpampang di dada akhbar mereka yang baru sahaja mencecah usia 20-an, mendirikan rumah tangga dan mengecapi kebahagian seperti pasangan yang lain.
Tak kurang juga mereka yang berkahwin ketika masih belajar di institusi pengajian tinggi, samada tempatan mahupun di luar negara. Ia satu perkembangan yang SANGAT positif, dan mula menampakkan bahawa ramai yang dah mula sedar kelebihan berkahwin di usia muda!


Siapa Cakap Kahwin Masa Belajar TAK Boleh Cemerlang Akademik?

Mungkin ada cakap-cakap orang yang mengatakan kalau sibuk kahwin, maka akademik akan terjejas. Sebenarnya tanggapan ini adalah SILAP sama sekali.
Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita serius tentang perkahwinan dan akademik. Ada je ramai rakan-rakan kita yang belajar, tak kahwin pun, tapi tak cemerlang pun. Kenapa? Puncanya, diri sendiri juga.
Jom kita lihat salah satu kajian kes (study case) sebenar daripada ratusan kajian kes di luar sana berkenaan kesan kahwin awal terhadap akademik:

http://www.kahwinmuda.com/images/mawardibersamaisterii.jpg
Ahmad Mawardi & Isteri, tanggal 22 Januari 2010



" Saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman sebenar saya. Untuk pengetahuan anda, keputusan akademik saya hanyalah sekitar 3.0 hingga 3.3 sahaja, dan tak lebih daripada itu. Al-maklumlah, menjalankan perniagaan ketika belajar, memang sedikit menjejaskan akademik saya.
Namun, berkat kesungguhan menanam niat memiliki seorang gadis idaman setelah menemuinya hanya dalam 6 bulan berkenalan, segalanya berjalan lancar.
Saya belajar seperti biasa, namun apa yang mengejutkan saya, keputusan akademik saya tiba-tiba melonjak kepada GPA 3.5, iaitu keputusan terbaik saya di kampus utama IPTA.
Yang lebih menggembirakan, isteri saya turut mendapat Anugerah Dekan (Dean's List) iaitu 3.6 ke atas.
Ini menunjukkan bahawa kita tak perlu takut tanpa sebab. Dengan akademik bagus ini, saya percaya semuanya datang dari keberkatan Ilahi yang merahmati mereka-mereka yang ingin kahwin muda dan menjauhi maksiat.
Saya juga mendapat khabar, ramai rakan-rakan saya mendapat keputusan akademik menakjubkan sejak kahwin walaupun ketika belajar. :)

                                                                                                                                   


Pelajari Dari Mereka Yang Berpengalaman & Pakar ...

Apa lagi sumber ilmu berharga yang boleh dipercayai, yang kita boleh perolehi, selain dari pengalaman-pengalaman pasangan muda dalam menghadapi cabaran sehingga berjaya membina mahligai bahagia.
Dan ditambah lagi dengan pengalaman serta nasihat dari para pensyarah yang memahami selok-belok dunia perkahwinan, dan mengalami pengalaman yang sama ketika waktu-waktu muda mereka. :)
Jom kita belajar dari mereka dan kita 'korek' apa sebenarnya rahsia mereka hingga ibu bapa yang pada asalnya tak membenarkan, akhirnya memberi restu. Dari keadaan tidak berduit sangat untuk berkahwin, kini mampu mengumpul sejumlah wang untuk melangsungkan perkahwinan yang menjadi idaman kita semua.
Apa lagi kalau bukan, ...


Sumber maklumat yang paling boleh dipercayai, dari pengalaman sebenar!

Memperkenalkan Penyelesai Masalah Anda (Insya Allah)

"Ayat-Ayat Kahwin Muda"


http://www.kahwinmuda.com/images/ecover/covers04.jpg
Mendedahkan rahsia demi rahsia bagaimana mendirikan rumah tangga di usia muda.
  • 8 Tips Mendapat restu dari ibu bapa yang melarang kita kahwin awal, yang mana dengan tips-tips hebat ini akhirnya akan 'melembutkan' hati mereka. :)
  • 10 Cara Mengumpul duit kahwin cara terbukti berkesan. Ramai rakan-rakan penulis termasuk penulis sendiri menggunakan teknik-teknik yang saya akan dedahkan ini. Yang penting, BUKAN MLM..
  • Cara Memilih Pasangan Sebelum Berkahwin.
  • Mengetahui Kaedah Sebenar Mendirikan Rumahtangga Bahagia Walaupun Kahwin di Usia Muda - TANPA Masalah Lagi. :)
  • Dan banyak lagi tips dan rahsia sebenar dikongsi.
  • Setebal 308 m/s.
Apa yang saya bakal coretkan, bukan ilmu yang di'goreng' tanpa sebarang manfaat. Segalanya ditulis dengan teliti, dipersembahkan dengan cara ilmiah dan tidak lupa juga menyenaraikan masalah demi masalah yang boleh dijawab dan jalan penyelesaian yang diceritakan dengan cara bersahaja.heeheee=)

Saturday, November 19, 2011

Pelik Tapi Menarik

Assalamualaikum....
 Tadi merayau rayau sambil cuci mata melayari blog orang.. Nak belajar la macam mana nak hasilkan blog yang cantik lagi menarik kau memang de bomm.. huahuahua...
Tengah syok-syok jalan tu, tetiba lak terjumpa satu laman blog mengenai gambar-gambar mustahil. Datang la idea untuk berkongsi diblog ini.. 
 Ini la gambar-gambar hangat yang dijumpai :

Berdasarkan peringatan penulis blog berkenaan, jangan perhatikan lama-lama nanti akan jadi pening.. saya sudah mengalami kepeningan itu sebab tengok lama-lama untuk cuba lukis balik.. hahaha






 

menarik bukan.. tapi agak pelik.

fikir-fikirkan lah......


Thursday, November 17, 2011

Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja

Gangsterism

 Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan.

 

MAT REMPIT

Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain. 
 

Gaya Mat Rempit



Bohsia

 Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.


Merokok
 




Latar belakang
Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.


Apa keburukan merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
• Gigi berkarat (staining).
• Nafas berbau (halitosis).
• Penyakit gusi (penyakit periodontium).
• Kanser mulut.
 

Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
• Kanser paru-paru.
• Tekanan darah tinggi.
• Strok.
• Penyakit jantung.
• Mati pucuk.






Petua berhenti merokok
Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental
untuk membuang tabiat ini.
 

Beberapa petua untuk berhenti merokok :
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
• Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh
   membuang tabiat merokok".
• Dapatkan sokongan.
• Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
   o mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
   o lakukan senaman
   o mandi dengan lebih kerap
• Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).

 

Wednesday, November 16, 2011

Obesiti Di Malaysia Meningkat



Dalam kenaikan harga makanan dan semua jenis bil di Malaysia ni terutama ASTRO yang makin nak cekik darah tu.... Makin ramai jugak masyarakat kita yang mengalami obesiti.... Kalau tak silap...kadar kenaikan orang yang mengalami obesiti di negara kita nie dah cecah 30%...

Kalau korang nak tau...obesiti nie ialah kegemukan yang melampau disebabkan lebihan lemak dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan masalah dalam kesihatan.... Jadi sesape yang alami obesiti.... Cepat la kurangkan berat badan tu... Korang kene berusaha... Banyak caranya...

Sebelum tu....kalau nak tau korang nie termasuk ke tak... Korang boleh la cuba kira guna rumus simple nie...

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (m) darab tinggi (m)

Kemudian korang boleh cek guna standard indeks jisim tubuh (BMI)... Secara kasarnya macam nie....
  • Kurang dari 20 - Kurus kering
  • 20 hingga 24.9 - Macho atau Cun ( Normal)
  • 25 hingga 29.9 - Gemuk ( dah lebih dah tu)
  • 30 ke atas - Obesiti
 Faktor-faktornya:
  • Keturunan dan faktor genetik (Aku rasa sikit je yang nie)
  • Senaman tak cukup ( Banyak giler.... Lagi-lagi zaman sekarang..)
  • Nutrisi tak seimbang / Pengambilan makanan yang terlampau banyak ( Makan ikut perut..bukan ikut sunah Nabi)
  • Hormon
  • Pengambilan ubat/ rawatan ( Nie aku rasa kalau sesape ambik pil-pil...Pil perancang pun termasuk kot...)
  • Virus ( Virus gemuk....hehe)


    Tapi kes kat Malaysia nie....saya rasa kurang senaman dan faktor makan terlampau banyak adalah punca utama.... Yela kan... Fast Food dah makin berlambak kat Malaysia....Dah jadi tempat makan yang wajib ketika dating... Bersenam pulak...memang sah-sah sikit dah.... Ramai yang tak suka peluh-peluh nie... Suka duk dalam ekon sambil duduk di kerusi yang boleh pusing-pusing tu....hehe. Tak pun duk depan PC main game atau layan citer Korea......huhuhu

    Saya rasa...cara nak atasinya senang jer.... Sebelum makan baca Bismillah.... Makan dengan sopan... Kalau boleh habiskan makanan dulu sebelum minum air.... Berhenti sebelum kenyang... Makan dengan pemakanan seimbang.... Kalau rajin....amalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis... Dan bersenam la.... Kalau susah sangat nak pegi ke taman untuk joging.... Pegi la gym... Kalau susah jugak....Buat la aerobik dalam rumah....pasang lagu K-Pop tu....dan menari la sampai penat....he he he

    P/S: Badan sihat otak cerdas.....

    zati:)

    Tuesday, November 15, 2011

    Jerawat !!!!

    Assalamualaikum...
    Kenapa?? Masalah jerawat lagi... Kadang-kadng hormon dalam badan kita tidak stabil,jadi jerawat mudah tumbuh. Tambahan dengan keadaan persekitaran yang kurang baik, menyebabkan muka kita mengandungi banyak toksik dan berminyak.
    Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya:

    • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
    • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
    • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
    • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
    • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
    • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
    • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
    • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
    • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
    • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
    • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


    Selamat Mencuba >.<
    ~ Ikhlas Ingin Membantu ~