Selamat Datang Kawan-Kawan

Terima Kasih Meluangkan Masa Melewati Blog Kami

Thursday, November 17, 2011

Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja

Gangsterism

 Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan.

 

MAT REMPIT

Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain. 
 

Gaya Mat Rempit



Bohsia

 Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.


Merokok
 




Latar belakang
Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.


Apa keburukan merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
• Gigi berkarat (staining).
• Nafas berbau (halitosis).
• Penyakit gusi (penyakit periodontium).
• Kanser mulut.
 

Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
• Kanser paru-paru.
• Tekanan darah tinggi.
• Strok.
• Penyakit jantung.
• Mati pucuk.






Petua berhenti merokok
Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental
untuk membuang tabiat ini.
 

Beberapa petua untuk berhenti merokok :
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
• Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh
   membuang tabiat merokok".
• Dapatkan sokongan.
• Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
   o mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
   o lakukan senaman
   o mandi dengan lebih kerap
• Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).

 

Wednesday, November 16, 2011

Obesiti Di Malaysia Meningkat



Dalam kenaikan harga makanan dan semua jenis bil di Malaysia ni terutama ASTRO yang makin nak cekik darah tu.... Makin ramai jugak masyarakat kita yang mengalami obesiti.... Kalau tak silap...kadar kenaikan orang yang mengalami obesiti di negara kita nie dah cecah 30%...

Kalau korang nak tau...obesiti nie ialah kegemukan yang melampau disebabkan lebihan lemak dalam tubuh badan yang boleh menyebabkan masalah dalam kesihatan.... Jadi sesape yang alami obesiti.... Cepat la kurangkan berat badan tu... Korang kene berusaha... Banyak caranya...

Sebelum tu....kalau nak tau korang nie termasuk ke tak... Korang boleh la cuba kira guna rumus simple nie...

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (m) darab tinggi (m)

Kemudian korang boleh cek guna standard indeks jisim tubuh (BMI)... Secara kasarnya macam nie....
  • Kurang dari 20 - Kurus kering
  • 20 hingga 24.9 - Macho atau Cun ( Normal)
  • 25 hingga 29.9 - Gemuk ( dah lebih dah tu)
  • 30 ke atas - Obesiti
 Faktor-faktornya:
  • Keturunan dan faktor genetik (Aku rasa sikit je yang nie)
  • Senaman tak cukup ( Banyak giler.... Lagi-lagi zaman sekarang..)
  • Nutrisi tak seimbang / Pengambilan makanan yang terlampau banyak ( Makan ikut perut..bukan ikut sunah Nabi)
  • Hormon
  • Pengambilan ubat/ rawatan ( Nie aku rasa kalau sesape ambik pil-pil...Pil perancang pun termasuk kot...)
  • Virus ( Virus gemuk....hehe)


    Tapi kes kat Malaysia nie....saya rasa kurang senaman dan faktor makan terlampau banyak adalah punca utama.... Yela kan... Fast Food dah makin berlambak kat Malaysia....Dah jadi tempat makan yang wajib ketika dating... Bersenam pulak...memang sah-sah sikit dah.... Ramai yang tak suka peluh-peluh nie... Suka duk dalam ekon sambil duduk di kerusi yang boleh pusing-pusing tu....hehe. Tak pun duk depan PC main game atau layan citer Korea......huhuhu

    Saya rasa...cara nak atasinya senang jer.... Sebelum makan baca Bismillah.... Makan dengan sopan... Kalau boleh habiskan makanan dulu sebelum minum air.... Berhenti sebelum kenyang... Makan dengan pemakanan seimbang.... Kalau rajin....amalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis... Dan bersenam la.... Kalau susah sangat nak pegi ke taman untuk joging.... Pegi la gym... Kalau susah jugak....Buat la aerobik dalam rumah....pasang lagu K-Pop tu....dan menari la sampai penat....he he he

    P/S: Badan sihat otak cerdas.....

    zati:)

    Tuesday, November 15, 2011

    Jerawat !!!!

    Assalamualaikum...
    Kenapa?? Masalah jerawat lagi... Kadang-kadng hormon dalam badan kita tidak stabil,jadi jerawat mudah tumbuh. Tambahan dengan keadaan persekitaran yang kurang baik, menyebabkan muka kita mengandungi banyak toksik dan berminyak.
    Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya:

    • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
    • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
    • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
    • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
    • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
    • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
    • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
    • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
    • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
    • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
    • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


    Selamat Mencuba >.<
    ~ Ikhlas Ingin Membantu ~